Blog Alternatif

Blog Alternatif
Blog ini adalah blog yang telah dibangunkan pada tahun 2008. Silalah lawati untuk mengetahui entri2 didalamnya

SOKONG HIMPUNAN JUTAAN BELIA

SOKONG HIMPUNAN JUTAAN BELIA

Friday, March 2, 2012

Anwarisme: Gagal Hancurkan pas Kedah!!!


Phahrolrazi Zawawi Dapat Nasihat Anwar Sebelum Kosongkan Pejabat

Phahrolrazi Zawawi mengetuai Taulan Mat Rasul, Hamdan Che Khalib dan Dr. Ismail Salleh memulau perlantikan semula Exco pada 28 Februari atau Selasa ini biarpun para penyokong dan pemimpin PAS cuba menafikan pergolakan hebat yang sedang berlaku di Pejabat Menteri Besar Kedah.
Phahrolrazi yang merupakan Exco Perumahan Tempatan sudah lama tidak sabar-sabar untuk menggulingkan Azizan Abdul Razak yang dilihatnya sebagai Menteri Besar Kedah yang sangat lemah dan tidak mampu bertindak. Disokong oleh Mahfuz Omar, Phahrolrazi Zawawi berasakan tindakannya itu mendapat restu daripada Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.
Sebelum ini, Phahrolrazi telah menghadap Nik Abdul Aziz bersama-sama Taulan Mat Rasul yang dilihat sebagai calon yang paling sesuai untuk dilantik sebagai Menteri Besar Kedah menggantikan Azizan Abdul Razak. Adalah difahamkan, Nik Abdul Aziz telah pun menyetujui cadangan tersebut namun Azizan yang berkeras untuk mempertahankan jawatannya, enggan menerima tekanan daripada Phahrolrazi dan tiga orang Exco yang lain untuk melepaskan jawatan.
Kemuncak perasaan tidak puas hati Phahrolrazi dan rakan-rakannya ialah apabila Azizan melantik kontraktor penyelenggara jalanraya di Kedah dari kalangan syarikat yang mempunyai kepentingan UMNO di dalamnya.
Umum mengetahui tahap keadaan semua jalanraya di seluruh Kedah sepanjang PAS mentadbir negeri, berada dalam keadaan yang amat teruk. Duit Kerajaan Pusat untuk penyelenggaraan jalanraya tidak digunakan oleh kerajaan PAS, sebaliknya kebanyakan Exco terutama sekali Phahrolrazi lebih banyak melancong ke luar negara dan lebih banyak bekerja untuk menjatuhkan Azizan Abdul Razak selaku Menteri Besar Kedah berbanding menjalankan tanggungjawabnya selaku Exco.
Exco yang menjalankan tanggungjawab dalam penyelenggaraan jalanraya dan kerjaraya adalah Phahrolrazi Zawawi!
Ratusan juta ringgit yang merupakan peruntukan jalanraya, menjadi sebab utama kemarahan Phahrolrazi kepada Azizan Abdul Razak. Azizan Abdul Razak yang turut memegang portfolio kewangan, ternyata tidak begitu mudah untuk kaum Phahrolrazi yang tidak melihat peruntukan tersebut sebagai usaha mensejahterakan rakyat Kedah atau memberikan impak yang lebih baik kepada imej PAS Kedah, sebaliknya beranggapan peruntukan berkenaan sebagai ghanimah untuk dicula-langkitkan.
Kebelakangan ini, Azizan Abdul Razak banyak mengambil tindakan sendiri terutama sekali berhubung kesejahteraan rakyat Kedah. Penghujung penggal menyaksikan Jabatan Kerjaraya Kedah mula memperkemaskan jalanraya-jalanraya di seluruh Kedah yang sebelum ini langsung tidak diambil peduli. Dan bagi mempercepatkan kerja-kerja tersebut, kontraktor-kontraktor yang berkelayakan dan berpengalaman telah dilantik sendiri oleh Azizan Abdul Razak selaku Menteri Besar Kedah dan Exco Kewangan.
Itu yang membuatkan Phahrolrazi tidak berpuas hati. Bukan kerana Azizan Abdul Razak melangkaui bidang tugas Phahrolrazi tetapi kerana Phahrolrazi tidak lagi ‘dibenarkan’ mencuri wang negeri untuk koceknya sendiri!
Kumpulan Anwarinas yang dianggotai oleh Phahrolrazi nampaknya cuba menunjuk kuasa. Anwar Ibrahim yang berada di belakang kumpulan berkenaan cuba menjatuhkan Azizan Abdul Razak dalam usaha merampas wang peruntukan negeri sepertimana yang cuba dilakukan di Selangor. Sekalipun Azizan Abdul Razak mungkin kelihatan seperti seorang Menteri Besar yang lemah, namun tindakan dan ketegasan yang ditunjukkan oleh Azizan Abdul Razak dalam hal ini, pastinya akan menyusahkan Anwar Ibrahim yang sedang keputusan wang belanja.
Sama ada pimpinan PAS negeri berterusan membuat penafian tentang kemelut dan gejolak yang sedang melanda, atau sebaliknya, yang pasti Azizan Abdul Razak sedang berhadapan dengan masalah yang jauh lebih besar berbanding diserang oleh UMNO Kedah yang diketahui agak kurang garang apabila berhadapan dengannya.

No comments:

Post a Comment