Blog Alternatif

Blog Alternatif
Blog ini adalah blog yang telah dibangunkan pada tahun 2008. Silalah lawati untuk mengetahui entri2 didalamnya

SOKONG HIMPUNAN JUTAAN BELIA

SOKONG HIMPUNAN JUTAAN BELIA

Thursday, March 1, 2012

Tanah Rezab Melayu hendak dijadikan JIRAT???


Sungai Kob, Karangan, Bukti Penjajahan Kaum Pakatan

Untuk apa sebenarnya Memorial Park atau Perkuburan Swasta terbesar di Asia Tenggara di bina di Sungai Kob, Karangan, Kedah? Berapa keratkah manusia yang bukan beragama Islam dan bukan berbangsa Melayu yang tinggal serta bermukim di Sungai Kob sehingga perlu diwujudkan sebuah tanah perkuburan swasta terbesar di situ?
Siapa sebenarnya yang telah meluluskan tanah yang berstatus pertanian untuk dijadikan Tanah Berstatus Perkuburan di Sungai Kob?
Perniagaan Memorial Park mungkin amat menguntungkan tetapi dengan membinanya di tengah-tengah kawasan bermajoriti Melayu-Islam, ia sebenarnya telah menghina orang Melayu dan agama Islam di kawasan tersebut.  Sungai Kob terletak di Mukim Karangan. Mukim Karangan adalah salah satu daripada mukim yang terdapat dalam DUN Kulim. DUN Kulim pula disandang oleh PKR menerusi Lim Soh Nee.
Kalau beginilah perangai Pakatan Rakyat yang ingin menjadikan kawasan perkampungan Melayu sebagai kawasan perkuburan bukan Melayu-Islam, tidak lama lagi, habislah semua kawasan akan terjajah.
Justeru, pada 17 Februari nanti,jam 2.00 petang iaitu selepas solat Jumaat, bertempat di pekarangan Masjid Al-Ittihad, Sungai Kob, akan diadakan satu perhimpunan membantah pembinaan memorial park (tanah perkuburan swasta) di Mukim Karangan yang dianggarkan seluas 163 ekar. Perhimpunan ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Bertindak yang diketuai oleh Ustaz Wahi bin Saidin.
Ketika di Alor Star, Madrasah Salihiah diruntuhkan untuk memberi laluan kepada pembinaan pusat membeli belah, di selatan Kedah pula tanah ditukar status sewenang-wenangnya oleh PTG atas sebab keuntungan yang sedikit.

No comments:

Post a Comment