Menteri Besar Kedah Dipaksa Meletak Jawatan
Tersebar
berita semalam, Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah telah
meletakkan semua jawatan yang disandangnya. Bagaimanapun, berita
tersebut tidak dapat disahkan. Namun petunjuk tentang tindakan terhadap
Azizan Abdul Razak semakin ketara terutama selepas isu KUIN dan AUKU.
Berbeza
daripada pemimpin-pemimpin PAS yang lain, Azizan memilih untuk
menyokong AUKU terutama yang membabitkan penggantungan lima orang
pelajar KUIN kerana melanggar tatatertib selaku pelajar di pusat
pengajian tinggi milik Kerajaan Negeri. Malah tindakan serta kenyataan
Azizan yang memperkecil-kecilkan BUKU JINGGA menyebabkan pihak yang
berpegang kuat kepada BUKU JINGGA itu, memarahi Azizan Abdul Razak.
Desas-desus
tentang perletakan jawatan oleh Azizan Abdul Razak telah dimulakan oleh
pihak dalaman PAS Kedah semenjak dua tahun yang lain. Malah pihak
dalaman PAS jugalah yang membocorkan cerita tentang Azizan Abdul Razak
yang beristeri baru dan masih muda.
Berita
tersebut kemudiannya menjadi bahan lawak sehinggakan cerita dalam kain
dan dalam kelambu Azizan Abdul Razak bersama isteri-isterinya menjadi
bahan jenaka musuh-musuhnya dalam PAS Kedah sendiri.
Aziz
Bari merupakan suara kepada PARASIT yang ditugaskan untuk ‘memberi
nasihat’ kepada Azizan Abdul Razak untuk meletakkan jawatan sebagai
Menteri Besar Kedah. Cetusan yang dibuat oleh Aziz Bari sebenarnya
merupakan cetusan kuasa PARASIT dalam PAS Kedah yang sudah tidak
sabar-sabar untuk Azizan Abdul Razak melepaskan jawatannya.
Namun
selepas pelbagai cerita buruk tentang Azizan Abdul Razak yang
dikembangkan oleh PARASIT di Kedah dan di seluruh Malaysia, termasuklah
berita yang dianggap boleh memalukan sekaligus menekan Azizan Abdul
Razak, ternyata Menteri Besar Kedah itu tidak akur sebagaimana yang
diharapkan.
Azizan
Abdul Razak sebaliknya menempelak golongan yang telah menfitnahnya.
Malah Menteri Besar Kedah itu juga merakamkan ikrar untuk terus memegang
jawatan Menteri Besar Kedah sehingga penggal baru bermula.
Ikrar
Azizan Abdul Razak sebenarnya tidak akan menutup mulut musuh-musuhnya
di dalam PAS. Malah kerja-kerja jahat dari dalam PAS sedang dipergiatkan
sebagaimana yang dilakukan oleh Mahfuz Omar dengan bantuan Phahrolrazi
Zawawi, Amiruddin Hamzah yang terbabit dalam skandal seks dengan isteri
orang, serta beberapa nama lain, termasuklah Taulan Mat Rasul yang
merupakan Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga sedang santak
dengan pelbagai masalah penyelewengan, termasuklah kontrak serta tender
E-Idaman.
Azizan
Abdul Razak sebenarnya tidak terjejas dengan UMNO Kedah, sebaliknya
lebih terdedah kepada bahaya pembunuhan oleh PARASIT-PARASIT dalam PAS
Kedah yang sedang bergerak pantas untuk menyaingi PARASIT-PARASIT dari
negeri lain. PARASIT PAS Kedah yang diketuai oleh Mahfuz Omar kerap
kali bertemu dan membincangkan tentang proses yang seterusnya untuk
menghapuskan Azizan Abdul Razak daripada barisan kepimpinan negeri.
Kalau
kita ingat, pemimpin PAS Kedah pertama yang berjaya ‘disingkirkan’
adalah Dr. Hayati Osman, Ahli Parlimen Pendang. Selepas Azizan Abdul
Razak, orang yang paling sesuai untuk menggantikan Azizan Abdul Razak
sebenarnya adalah Dr. Hayati Osman. Bagaimanapun, tindak tanduk serta
campurtangan terutama daripada Taulan Mat Rasul yang melihat Hayati
Osman sebagai pesaing utamanya, akhirnya menyaksikan Ahli Parlimen
Pendang itu menjadi anjing buruk kepala.
Ramai yang menjangkakan, kumpulan PARASIT yang diketuai oleh Mahfuz Omar akan merangka sesuatu yang lebih hebat untukmenjatuhkan
maruah Azizan Abdul Razak. Arahan dari Bukit Segambut amat jelas,
Azizan Abdul Razak yang berjaya mendedahkan kelemahan BUKU JINGGA
sekaligus mendedahkan tembelang kebodohan Anwar Ibrahim, perlu
disingkirkan terus.
Cuma
untuk seketika ini, ketidakmampuan Azizan Abdul Razak sebagai Menteri
Besar akan digembar-gemburkan. Mahfuz Omar yang diketahui sebagai
seorang penakut, akan bertindak dengan cara penakut dan bacul. Selagi
Azizan Abdul Razak yang mempunyai kekuatan akar umbi di Kedah bertahan
dan enggan turun dari takhta Menteri Besar, selagi itulah Mahfuz Omar
sekadar menjadi seekor anjing yang menyalak bukit.
Namun
satu persoalan yang kerap bermain-main di fikiran semua orang, berapa
lamakah Azizan Abdul Razak mampu bertahan dan berapa lama pula, para
penyokongnya sanggup menyangga Azizan Abdul Razak sedangkan pada masa
yang sama, mereka terus diumpan dengan pelbagai janji-janji yang lebih
menarik, terutama tentang AUKU dan kebebasan yang tidak terhingga.
KOMEN oleh Kaleh:
Baru
hari ni MB Kedah Dato Sri Azizan Razak menafikan bahawa dia tidak
meletakkan jawatan sebagai MB Negeri Kedah. Jawapan ini kerana menjawab
kenyataan dalam satu blog yang memaklumkan bahawa Ustaz Azizan telah
menulis untuk tujuan tersebut.
Yang
menariknya, Azizan Razak segera memberi respond kapada kenyataan
saperti itu, kerana beliau takut rakyat negeri Kedah percaya akan ada
kesungguhannya, dan rakyat akan berpolimik sesama mereka ‘apa pasai’
‘ada salah apa’ ‘ada tekanan ka’ dan macam-macam lagi andaian orang
ramai. Jadi, kerana takut ada persoalan-persoalan saperti itu dikalangan
rakyat, Azizan segera memberi respond bahawa beliau ‘tidak meletak
jawatan’.
Bila
baca artikal kedahan69, ada benarnya juga rasanya kenyataan bahawa
Azizan akan berhenti dari menjadi MB Kedah. Dengan cerita-cerita
disebalik kononnya dalam PAS Kedah tidak berkocak sekarang ternampak ada
berlaku keberkocakkan dikalangan pemimpin mereka. Masing-masing ada
peranan yang dalam sengap-sengap amat berbisa.
Dato’
Mahfuz Omar yang sudah tentu di belakang Mat Sabu ada cara peranan yang
dimainkan, sebagai contoh, Azizan yang terok diseligi oleh kumpulan
menolak AUKU, Datok Mahfuz diaaam tak bersuara. Begitu juga dengan
Exco-Exco Kedah, termasuk Dr Ismail Alor Mengkudu.
Dato’
Fakhrurazi, yang ada angan-angan nak jadi MB, ada ayat-ayat cakap dia
‘kami pun pening dengan Ustaz Azizan…’. Pasai apa?, cuba tanya Taulan
Rasul. Dia tahu cerita nii…
Apa pun, ini sadikit dari dalaman PAS yang berlegar-legar dalam market sembang-sembang dengan orang terdekat PAS Kedah.
No comments:
Post a Comment